Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

ABUJA, Nigeria, 16 April: Angka kematian akibat wabak demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 127 orang setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan awam negara itu pada Selasa, lapor Xinhua.

MOGADISHU, 16 April: Dua kapal nelayan dan sebuah kapal layar tradisional atau dhow dirampas di luar pantai Somalia antara 7 Feb dan 16 Mac, menandakan ancaman lanun di rantau itu masih berterusan, menurut laporan terkini yang dikeluarkan pada Selasa oleh sebuah badan antilanun antarabangsa, lapor Xinhua.

ISTANBUL, 16 April:  Angka kematian akibat gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter yang melanda Myanmar meningkat kepada 3,706 orang, dengan 5,017 lagi cedera dan 130 masih hilang setakat Selasa, lapor Anadolu Ajansi memetik Myanmar Now.

LONDON, 16 April: Polis United Kingdom (UK) pada Selasa memulakan siasatan terhadap insiden yang disifatkan sebagai jenayah kebencian berunsur Islamofobia selepas 85 kubur, termasuk milik bayi dan kanak-kanak, diceroboh dan dirosakkan di bahagian perkuburan Islam di Tanah Perkuburan Carpenders Park Lawn di Watford, lapor Anadolu Ajansi (AA).

JAKARTA, 15 Apr: Lembaga Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) melancarkan jerayawara di Indonesia hari ini bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Paling Popular

No results found.