Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dunia

RIYADH, 4 Mei: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga SR100,000 akan dikenakan ke atas mana-mana individu yang menempatkan atau melindungi pemegang visa ziarah di mana-mana jenis kediaman, termasuk hotel, pangsapuri, rumah persendirian, pusat penginapan atau penempatan haji di Makkah dan kawasan suci.

RAMALLAH, 4 Mei: Tahanan pentadbiran Palestin Mohyee al-Din Fahmi Najem, 60, dari Jenin, meninggal dunia di Pusat Perubatan Soroka, Israel selepas berbulan-bulan mengalami pengabaian rawatan perubatan dalam penjara Israel, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin.

JAKARTA, 4 Mei: Seorang pendaki warga Malaysia, Rennie Abdul Ghani, 57, disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip, laluan pendakian Torean, Gunung Rinjani pada Sabtu, sekitar pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei: Brunei akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN yang Bertanggungjawab terhadap Maklumat (SOMRI) ke-22 dan mesyuarat berkaitan selama dua hari, bermula esok.

SAN JOSE (California), 4 Mei: Pelabur terkenal Amerika Syarikat, Warren Buffett mengkritik dasar tarif pentadbiran AS dalam satu mesyuarat pemegang saham pada Sabtu, tanpa menyebut secara langsung nama Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Paling Popular

No results found.