Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Daily Updates

Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR, 30 April : Pemain perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia terus mempamerkan aksi konsisten dan bertenaga pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina hari ini dengan menewaskan pemain China Weng Hong Yang, sekali gus menempah tiket ke pentas final kejohanan itu, esok.

ISKANDAR PUTERI, 30 April : Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara apabila muncul kelab negara pertama yang melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL), selepas menundukkan Ulsan Hyundai FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim petang tadi.

PARIT BUNTAR, 30 April : Seramai 143 pendatang tanpa izin termasuk 134 etnik pelarian Rohingya ditahan di perairan laut Kuala Kurau hari ini.

KUALA LUMPUR, 30 April : Institut pengajian tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 susulan pandemik COVID-19.

NILAI, 30 April : Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat sini pada petang Jumaat.