Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Daily Updates

KUALA LUMPUR, 10 Jun : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang kepada 7.2 peratus pada 2022, didorong sebahagiannya oleh sektor pelancongan yang semakin pulih diunjurkan pulih kepada lebih 30 peratus daripada paras sebelum pandemik pada 2022 dan mendahului rantau ASEAN dengan lebih 70 peratus pemulihan sektor dijangkakan pada 2023.

KUALA LUMPUR, 10 Jun : AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL), cabang penerbangan Capital A menegaskan komitmennya untuk menyelesaikan semua permintaan bayaran balik akibat pandemik, secepat mungkin.

IPOH, 10 Jun : Wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh dan dibakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, di Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar akhir bulan lepas didapati tidak hamil seperti didakwa.

JANGAN POLITIKKAN UNDI 18 - WAN JUNAIDI

KUALA LUMPUR, 10 Jun : Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

SIBU, 10 Jun : Peningkatan ketara harga minyak kelapa sawit mentah ketika ini menyaksikan sektor itu berjaya ‘menarik’ lebih ramai tenaga kerja sehingga menjejaskan sektor lain termasuk pembinaan.

Paling Popular

No results found.