KUALA LUMPUR, 16 April: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tindakan seorang individu yang memuat naik komen tidak bertanggungjawab di laman Facebook Astro Awani ketika Istiadat Pengebumian Negara Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam.