Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bahasa Melayu

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menzahirkan hasrat baginda untuk berangkat mengadakan lawatan ke Malaysia dalam masa terdekat, khususnya bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN serta forum-forum berkaitan.

BRUSSELS, 8 Mei: Suruhanjaya Eropah pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) bernilai sekitar €95 bilion (US$107 bilion) sekiranya rundingan dengan Washington gagal mencapai penyelesaian terhadap konflik perdagangan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk mewujudkan “kependudukan berterusan” di Gaza dengan mengusir secara paksa lebih dua juta penduduk Palestin  dari wilayah itu, menyifatkannya sebagai tindakan pembersihan etnik.

GEORGE TOWN, 8 Mei: Polis menahan dua lelaki dan merampas 85 kilogram (kg) daun ketum serta 1,500 bungkusan air ketum dianggar bernilai RM9,300 dalam serbuan di sebuah rumah di Batu Maung, dekat sini hari ini.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei: Garis Panduan ASEAN mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab bertujuan menangani cabaran yang semakin meningkat berkaitan penggunaan media sosial, dijangka dimuktamadkan dalam tiga bulan ini.

Paling Popular

No results found.