Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bahasa Melayu

SELANGOR, 21 Mei: Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila dipilih sebagai tuan rumah kepada penganjuran edisi ketiga World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX 2025) serta edisi sulung World Cultural & Arts Festival (WCAF 2025) yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos 2025 di Sunway Resort Hotel, di sini.

PUTRAJAYA, 21 Mei: Kerajaan Sarawak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyelesaikan isu berkaitan industri minyak dan gas melibatkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

PUTRAJAYA, 21 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg secara bersama bersetuju untuk mempermudahkan rundingan seterusnya antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

KUCHING, 21 Mei: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) masih mempergiat pelaksanaan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) dalam usaha meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap kepentingan melakukan saringan awal bagi mengesan kanser payudara dan kanser servik.

KUCHING, 21 Mei: Hari Ibu merupakan satu sambutan istimewa yang diraikan di seluruh dunia bagi menghargai jasa, pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dan di Malaysia ia disambut pada setiap Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahunnya.

Paling Popular

No results found.