Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bahasa Melayu

ANKARA, 2 Jun: Mekanisme pengagihan bantuan yang diwujudkan Israel kini menjadi “perangkap maut” bagi orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza, kata Ketua Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

ATHENS, 2 Jun: Kerajaan United Kingdom (UK) menguatkuasakan larangan di seluruh negara terhadap vape atau rokok elektronik pakai buang bermula 1 Jun 2025, sebagai langkah membendung penggunaan peranti itu dalam kalangan remaja dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, lapor Anadolu Ajansi.

ISTANBUL, 1 Jun: Kumpulan Palestin Hamas pada Ahad menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan satu suruhanjaya siasatan antarabangsa bebas bagi menyiasat pembunuhan orang awam Palestin yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan di Gaza oleh tentera Israel, lapor Anadolu Ajansi.

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejuaraan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Terbuka Singapura 2025 sebagai mengharumkan nama negara serta menyatukan seluruh Malaysia dalam sorakan dan rasa syukur.

NEW DELHI, 1 Jun: Bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan Sheikh Hasina didakwa atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan di sebuah tribunal di Bangladesh berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa pemberontakan besar-besaran terhadap pemerintahannya tahun lepas.

Paling Popular

No results found.