Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Selepas hampir tiga dekad menyepi daripada pentas berskala besar, kumpulan wanita popular  era 90-an, Elite bakal mengubati kerinduan peminat menerusi konsert istimewa ELITE’25 pada 20 Sept depan.

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Misi perdagangan rasmi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ke Jepun sempena Ekspo 2025 Osaka dijangka mampu menjana potensi pelaburan dan jualan bernilai RM51 juta.

KUCHING, 23 Jun: Seorang penagih dadah lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana memiliki pistol tiruan, dalam kejadian yang tular di media sosial Facebook — sebuah video berdurasi sembilan saat menunjukkan tertuduh mengeluarkan sebelah tangannya memegang sepucuk pistol sambil memandu kereta, Khamis lalu (19 Jun).

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup dadah jenis kokain dalam bentuk katrij vape melalui Malaysia terbongkar apabila polis berjaya menahan empat individu dan merampas hampir 5,000 katrij bernilai RM 7.2 juta dalam serbuan di Ampang Jaya, Khamis lepas.

SHAH ALAM, 23 Jun: Pemikiran liberalisme dan pluralisme agama adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dan boleh membawa kepada kesesatan akidah serta kecelaruan dalam kalangan masyarakat Muslim, kata Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir.

Paling Popular

No results found.