Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin hadir menyerahkan zakat perniagaan kepada Kerajaan Sarawak sempena kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini. Foto Agrobank

Agrobank buka cawangan baharu di Tanjong Manis

KUCHING, 19 Ogos : Agrobank akan membuka cawangan baharunya di Tanjong Manis menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pembukaan cawangan berkenaan merupakan yang ke-17 bank berkenaan di Sarawak.

Kata beliau, pengembangan operasi itu merupakan antara kerjasama strategik bank berkenaan dengan kerajaan negeri untuk manfaat rakyat setempat.

“Agrobank sangat berminat untuk memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan di Sarawak dalam bidang pertanian.

“Kita akan melihat bagaimana kerjasama strategik ini dapat dilaksanakan bersama Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) serta Sarawak Land Development,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Sempena kunjungan itu, Tengku Ahmad Badli Shah turut menyerahkan zakat perniagaan bank berkenaan kepada Kerajaan Sarawak berjumlah RM275 000.

Sementara itu beliau memberitahu Agrobank juga berminat untuk memacu sektor pertanian di Sarawak dan perkara itu mendapat sokongan padu kerajaan negeri.

“Sarawak amat mengalu – alukan kerjasama ini untuk manfaat sektor pertanian di sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan