Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir pada sidang media BTC 2022 di sini hari ini. Foto TVS.

Sukan lasak Borneo Trail Classic 2022 sasar penyertaan 2,000 peserta

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Ogos : Penganjuran sukan larian lasak Borneo Trail Classic 2022 (BTC 2022) sasar sebanyak 2,000 penyertaan bagi edisi kali ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kampung Apar Bau, Sarawak dipilih menjadi lokasi BTC 2022 yang akan berlangsung pada 15 hingga 16 Oktober ini.

Penganjuran edisi kali ini katanya dapat memberikan pengalaman kepada peserta yang datang dari pelbagai negara untuk menikmati gaya hidup dan budaya yang terdapat di Sarawak.

ā€œPada acara Spartan yang berlangsung pada April lepas, kita menerima hampir 2,000 penyertaan selepas pembukaan sempadan negara, jadi saya yakin akan menerima sambutan serupa untuk BTC,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, peserta dari 14 negara akan menyertai BTC 2022 termasuk Brunei, Singapura, Filipina, Indonesia , Thailand , Vietnam , Australia , New Zealand, Maldives, United Kingdom, Sepanyol, Argentina, Amerika Syarikat selain penyertaan peserta tempatan.

BTC mempertandingkan lima kategori dewasa yang melibatkan jarak tujuh kilometer (km), 10 km, 12 km, 50 km dan 100 km dengan hadiah kemenangan lumayan ditawarkan.

Selain itu, BTC 2022 ini juga turut membuka penyertaan untuk kategori kanak-kanak dengan jarak larian satu hingga tiga km.

Maklumat lanjut mengenai BTC 2022 boleh layari di laman borneotrailclassic.com . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan