Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa penggiat sektor pelancongan Sarawak harus memfokus kepada menarik lebih ramai pelancong premium. Foto : TVS

Abang Jo gesa penggiat pelancongan di Sarawak tarik lebih ramai pelancong premium

KUCHING, 16 Ogos : Penggiat sektor pelancongan Sarawak harus memfokus kepada menarik lebih ramai pelancong premium yang tidak keberatan berbelanja lebih untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik sepanjang berada di negeri itu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam hal ini, negeri itu perlu terus menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan hospitalitinya bagi memastikan pelancong berpuas hati dengan apa yang ditawarkan.

“Bagi Sarawak, kami mahukan pelancong premium. Itulah sebabnya kami menganjurkan acara perniagaan dan kami menganjurkan Rainforest (Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia bagi menarik pelancong). Mereka ini adalah pelancong istimewa, mereka bukan pelancong massa,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Hotel Malaysia semalam.

Beliau berkata kerajaan negeri telah merancang untuk mewujudkan sebuah pusat kesihatan berhampiran Pantai Damai di Santubong dekat sini yang bakal menjadi satu lagi tarikan bagi pelancongan perubatan di Sarawak.

“Selain itu, dua hotel bertaraf antarabangsa akan dibina di Sematan (bahagian selatan Sarawak di mana kita boleh menarik lebih ramai pelancong terutama pelancong perubatan dan pelancong premium,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan