Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan hoki dalam dewan Malaysia mencipta sejarah apabila muncul Kejohanan AHF 2022 di Bangkok, Thailand hari ini. Foto Malaysia Hockey Confederation.

Malaysia juarai hoki dalam dewan Asia, tewaskan juara bertahan

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 15 Ogos : Pasukan hoki dalam dewan Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara buat kali pertama pada Kejohanan AHF 2022 di Bangkok, Thailand hari ini.

Lebih manis, pasukan negara berjaya menewaskan juara bertahan, Iran 3 -2 menerusi penentuan penalti.

Terdahulu, kedua – dua pasukan terikat 4 -4 selepas tamat permainan sebenar.

Iran, juara lapan kali kejohanan kelihatan sukar digugat pada awalnya apabila mendahului Malaysia pada minit ketiga menerusi jaringan Mohsen Bohlouli.

Malaysia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Muhammad Ashran Hamsani pada minit ke-12 dan terus mendahului pada minit ke-16 menerusi Shello Silverius.

Tidak mengaku kalah, Iran kembali mengikat perlawanan empat minit selepas itu menerusi Amirmahdi Mirzakhani.

Aksi terus rancak apabila Mohd. Norhafizie Jamil Azomi kembali meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-26.

Mohammad Karimi kemudian memberi kelegaan kepada Iran menerusi jaringannya pada minit ke-32.

Namun Malaysia terus mempamerkan semangat melawan apabila Muhammad Ashran sekali lagi mencetak nama selaku penjaring pada minit ke 36.

Dua minit selepas itu jaringan Hamid Nooranian memastikan Iran berjaya mengheret perlawanan ke babak penalti apabila kedudukan terikat 4-4.

Sementara itu pasukan wanita negara turut menampilkan aksi membanggakan apabila berjaya menamatkan kempen dengan menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Kazakhstan  dengan keputusan 2-0. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan