Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat program teras Gerakan #SayaDigital. Foto: MDEC

Gerakan #SayaDigital bantu tingkat literasi digital rakyat

ByNurul Amarlina

KUCHING, 15 Ogos : Program Gerakan #SayaDigital yang dilancarkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sejak dua tahun lepas telah membantu meningkatkan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia.

Gerakan ini telah berjaya memperkasa rakyat Malaysia dalam ekonomi digital menerusi insiatif – inisiatif sedia ada untuk usahawan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pencari kerja dan graduan menganggur.

Terdapat empat program yang disediakan untuk mencapai empat matlamat berbeza, iaitu program untuk membantu memudahkan kehidupan seharian menerusi pengunaan teknologi digital, memperkasa kerjaya, menambah pendapatan dan seterusnya meluaskan perniagaan.

Urusan Seharian

Inisiatif ini turut mendedahkan masyarakat kepada pelbagai kemahiran asas digital. 

Terdapat tiga modul disediakan di mana sukarelawan GENG #SayaDigital di pusat komuniti setempat akan membantu pemohon.

Modul 1 Untuk Komunikasi akan menunjukkan cara-cara penggunaan aplikasi Whatsapp, Facebook, sunting video pendek untuk Youtube dan pengendalian Google Maps.

Modul 2 Perbankan Atas Talian & eDompet pula akan mengajar pemohon cara penggunaan perkhidmatan bank dalam talian dan pembayaran menggunakan eDompet.

Manakala bagi Modul 3 Aplikasi Perkhidmatan Digital, pemohon akan mempelajari pembayaran bil, tempahan perkhidmatan e-hailing, tempahan makanan dan barangan runcit secara dalam talian. 

Memperkasa kerjaya

Terdapat dua program disediakan untuk memperkasa kerjaya iaitu Global Online Workforce (GLOW) dan #mydigitalmaker.

GLOW melatih dan membimbing pekerja bebas mencari kerja di dalam talian. 

Program ini dibuka untuk pencari kerja, pekerja yang mendapat potongan gaji lebih 50 peratus dan graduan yang menganggur.

#mydigitalmaker pula merupakan satu inisiatif akademik awam-swasta untuk membina bakat generasi muda untuk kerjaya digital di masa hadapan.

Tambah pendapatan

Di samping itu, demi menjana pendapatan, MDEC juga menghubungkan pemohon kepada dua program sedia ada iaitu eUsahawan dan eRezeki.

eUsahawan mengajar pemohon mengenai teknik asas memasarkan perniagaan secara dalam talian melalui platform media sosial manakala eRezeki menyediakan peluang menjana pendapatan tambahan di mana pemohon melakukan tugasan digital melalui platform ‘crowdsourcing’ dalam talian.

Luaskan perniagaan

Gerakan #SayaDigital juga melibatkan beberapa program-program ekonomi digital sedia ada untuk meluaskan perniagaan usahawan.

PeDAS atau Perkhidmatan eDagang Setempat mengubah cara usahawan mikro dan PKS di kawasan luar bandar berniaga menerusi kaedah pendigitalan.

100GoDigital pula membantu perniagaan tradisional ke arah pendigitalan, meningkatkan kecekapan dan khidmat pelanggan lebih efektif.

Go-eCommerce merupakan sebuah platform pembelajaran keusahawanan dengan teknik dan kaedah memajukan perniagaan dalam talian.

Dilancarkan pada April 2021, #SayaDigital diharap mewujudkan kesedaran dalam teknologi digital dan peluang ekonomi sama rata kepada masyarakat di bandar dan luar bandar Malaysia. 

MDEC ialah agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOM). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan