Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pemenang bergambar selepas Majlis Penutupan Kejohanan Kriterium di Kalaka, Saratok.

Kejohanan Kriterium cungkil bakat muda dalam sukan berbasikal

SARATOK, 14 Ogos : Majlis Penutupan Kejohanan Kriterium telah berlangsung pada hari ini di Kalaka.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, Kejohanan Kriterium merupakan acara perlumbaan basikal yang dianjurkan di Kalaka Saratok tetapi dihentikan seketika akibat pandemik COVID-19.

“Setelah dua tahun, banyak agenda, banyak acara kita tergendala. Kita merindui keadaan untuk bersua muka bersama rakan-rakan kita, untuk bersukan dan menjalankan aktiviti sihat bersama rakan dan taulan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutupan kejohanan itu, yang turut dihadiri ADUN Krian, Friday Belik.

Seramai 164 peserta telah memeriahkan pertandingan tersebut yang turut mendapat sokongan daripada kelab berbasikal pelbagai daerah, antaranya Ghost Rider Racing Club, Sibu Jaya Cycle Zone, SSC dan Betong Rider Santai.

Dalam ucapannya pada majlis penutupan, Mohammad Duri memaklumkan bahawa Majlis Sukan Negeri telah melantik seorang jurulatih untuk melatih bakat muda seawal prasekolah di Saratok dalam sukan berbasikal.

“Seramai 18 orang telah menyatakan minat walaupun masih di tadika lagi. Kita akan cuba memberikan basikal kepada semua tadika,” tambahnya lagi.

Mohamad Duri turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa bersukan secara aktif bagi menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan