Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter yang dikesan berlaku di Kundasang pada jam 7.27 pagi Ahad dilaporkan turut dirasai penduduk setempat.

Gegaran dirasai selama empat saat

RANAU, 14 Ogos : Gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter yang dikesan berlaku di Kundasang pada jam 7.27 pagi ini (Ahad) dilaporkan turut dirasai penduduk setempat.

Seorang penduduk, Cecilia Septianna, berkata ketika kejadian berlaku, dia berada di dalam rumah bersama suami dan seorang anaknya di Kampung Kibarambang, Ranau.

“Masa kejadian, saya baharu bangun tidur dan sedang berdoa. Kemudian secara tiba-tiba, saya rasa dinding bilik tidur saya macam bergesek dua kali dan rumah pun macam bergoyang sedikit.

Baca berita berkaitan >>>>>> Gempa bumi lemah melanda Kundasang

“Sekejap sahaja itu rasa gegaran, tidak juga sampai panik, dalam empat saat begitu. Jadi dalam hati saya, mungkin ada gempa bumi. Sekali bila saya buka Facebook, betul ada gempa bumi di sini,” katanya.

Cecilia berkata, setiap kali berlaku gempa bumi di kawasan tersebut, gegaran dapat dirasai, namun yang paling sukar dilupakan adalah gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 skala Richter di Ranau pada tahun 2015.

“Kejadian yang itu sukar dilupakan sebab memang rasa betul gegaran. Masa itu pula, saya tengah mencuci piring. Hampir lagi saya terlempar namun sempat berpaut di sinki,” katanya lagi.

Sementara itu, tinjauan TVS di laman sosial mendapati gegaran ini kurang dirasai kerana digambarkan seperti berselisih dengan lori yang membawa muatan berat.

Terdahulu, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 13 kilometer barat laut dari Ranau itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Penilaian awal mendapati gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau, dan keadaan ini akan terus dipantau oleh MetMalaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan