BINTANGOR, 12 Ogos : Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM500,000 bagi pembinaan Gereja Methodist Kai Ngoung di sini.
Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing selepas menghadiri sesi Ringkas Penyerahan Tapak Projek RTP DUN N.46 Meradong hari ini.
Menurut Kuong Hiing peruntukan tersebut bakal dimanfaatkan untuk meneruskan pembinaan gereja itu yang masih belum siap.
“Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ini bukti keperihatinan Kerajaan Sarawak dalam usaha menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat,” katanya.
Berita lanjut menyusul. – TVS