Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
--foto TVS

Penjawat awam diseru praktik pembudayaan inovasi

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING,12 Ogos: Kerajaan Sarawak menyeru penjawat awam untuk mempraktikkan pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam persekitaran kerja.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, elemen inovasi membantu dalam kelancaran kerja dan pada masa sama, ia akan turut membantu memberi perkhidmatan yang lebih efisien.

“Menghasilkan pelbagai inovasi sama ada berbentuk kaedah ataupun produk yang saya pasti mempunyai nilainya tersendiri dalam menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Mini Konvensyen Innovative And Creative Circle (ICC) Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) di sini, semalam.

Ujar Abdul Karim, konvensyen berkenaan merupakan platform untuk mendedahkan pembudayaan inovasi kepada MYSED.

“Mini konvesyen ICC MYSED yang julung kali diadakan ini diyakini akan dapat menjadi penggerak terhadap usaha untuk menyemarakkan budaya inovasi khususnya dalam kalangan warga kementerian.

“Usaha ini akan dapat meningkatkan lagi produktiviti kerja seterusnya meningkatkan sistem penyampaian berasaskan kualiti,” katanya.

Pada konvensyen berkenaan, seramai 15 peserta terlibat memperkenalkan pelbagai inovasi bagi melancar dan menambahbaik perkhidmatan kerja. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan