Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chef Achang Libat dan salah satu hidangan yang diinspirasikan dari karya Micheal Chong.

Warga Kuching berpeluang nikmati hidangan diinspirasikan daripada karya seni

ByElani Rosllan

KUCHING, 12 Ogos : Terkenal dengan cara hidangannya yang ‘exquisite’ atau unik, Chef Achang Libat bakal mempersembahkan ‘karya’ terbarunya yang bakal membangkitkan selera di galeri seni Hoan Gallery, La Promenade Mall selama enam hari bermula 19 Ogos ini.

Chef berketurunan Kayan-Lun Bawang itu bakal bekerjasama dengan kurator galeri, Hoan Kee Huang untuk menyajikan hidangan makan malam gaya ‘omakase’ dalam acara istimewa itu nanti.

“Selepas bertemu Hoan, saya menyedari bahawa minat terhadap seni dan proses penghasilannya sama iaitu ia bermula dengan proses lakaran.

“Sebab itu saya sangat teruja untuk menyediakan hidangan di galeri tersebut, dikeliling karya seni yang menakjubkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kurator Hoan juga berasa sangat teruja dengan kolaborasi ini yang dilihat sangat unik dan beliau menyeru penggemar makanan dan seni untuk datang merasai pengalaman ini.

“Saya mahukan makanan yang dihasilkan itu penuh kreativiti dan keunikan. Saya mahu mempamerkan seni.

“Yang lebih penting, saya dan Chef Achang juga mahukan harganya berpatutan agar semua orang dapat merasai pengalaman unik ini,” katanya.

Makan malam yang dinamakan dengan tema “Dine with Art ” ini berharga RM228 seorang manakala pelbagai menu minuman termasuk minuman tidak beralkohol seperti Bunga Kantan infused water, Sarawak Liberica Coffee dan Dong Ding Oolong Tea turut akan disajikan kepada pengunjung.

“Dine With Art” merupakan acara berskala besar yang kedua buat Chef Achang tahun ini.

Pada Mac lepas, beliau telah mengadakan acara makan malam Dine on Clay, dimana makanan dihidangkan menggunakan hasil kerja diperbuat daripada tanah liat.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari hoangallery.com dan lapromenademall.com.my, atau ikuti mereka di media sosial @hoanartgallery atau @lapromenademall. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan