Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pemilik rumah menyimpan 600 kilogram (kg) minyak masak paket 1kg bernilai RM1,500 di sebuah rumah di Jalan Jelutong Barat, di sini terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa semalam. Foto TVS.

KPDNHEP dan polis serbu rumah sorok 600 paket minyak masak di Sarikei

SARIKEI 11 Ogos : Tindakan pemilik sebuah rumah menyimpan sebanyak 600 kilogram (kg) minyak masak paket 1kg bernilai RM1,500 di Jalan Jelutong Barat, di sini terbongkar selepas diserbu oleh pihak berkuasa semalam.
 
Menerusi serbuan oleh sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan polis, sebanyak 30 kotak minyak masak dengan berat 20 kg setiap satu dirampas.
 
Ketua Cawangan KPDNHEP Sarikei, Mohamad Zawawi berkata, rampasan dibuat kerana pemilik premis disyaki menyimpan minyak masak paket di permis kediaman yang tidak dilesenkan.
 
“Operasi bersama polis dilaksanakan bagi memastikan bekalan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum serta barang keperluan asas mencukupi di pasaran.
 
“Di samping itu, kita mahu membanteras aktiviti penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang menyorok barang kawalan,” katanya menerusi kenyataan media.
 
Beliau berkata, KPDNHEP memberi amaran keras kepada individu dan syarikat agar tidak terbabit melakukan aktiviti penyelewengan atau menyorok barang kawalan.
 
“Individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan