Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 10.2 juta batang rokok putih ke negara ini selepas memeriksa sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor minggu lalu. Foto TVS.

Kastam rampas 10.2 juta batang rokok seludup

BUTTERWORTH, 10 Ogos : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 10.2 juta batang rokok putih ke negara ini selepas memeriksa sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor minggu lalu.

Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Ramli berkata, pihaknya merampas rokok berkenaan yang bernilai RM816,800 dengan nilai cukai dianggarkan RM6.54 juta.

Katanya, kontena itu dikendalikan oleh sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang dan ia diimport oleh sebuah syarikat yang berstatus Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur.

“Melalui dokumen-dokumen yang diperolehi, dagangan ini disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Timur,” katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Kastam negeri di Bagan Jermal di sini, hari ini.

Tambahnya, pemilik rokok berkenaan membuat pegisytiharan palsu sebagai cendawan tin dalam borang kastam.

“Mereka cuba mengelirukan kita sehingga memerlukan pihak kami menyiasat pengirim dan penerima sebenar.

“Alamat penerima mengelirukan dan kewujudan syarikat juga diragui kerana semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan syarikat itu adalah nomad,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan