Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima individu termasuk seorang wanita ditahan anggota tentera berhampiran sempadan Malaysia - Brunei awal pagi kerana disyaki cuba menyeludup arak ke negara berkenaan. Foto Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen).

Tentera patahkan cubaan seludup minuman keras ke Brunei

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 10 Ogos : Anggota Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM90 000 ke Brunei, awal pagi tadi.

Markas berkenaan berkata, sepasukan anggotanya yang sedang melaksanakan operasi di jeti Kampung Sibukang, Sektor Pos Limbang yang terletak kira – kira satu kilometer (km) dari sempadan Malaysia – Brunei telah mengesan sebuah van yang berhenti di situ dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota petugas kemudian menyerbu van berkenaan dan pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki dan seorang wanita rakyat Malaysia bersama dua lelaki warga Brunei berusia sekitar 24 hingga 53 tahun.

“Mereka dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan minuman keras ke negara jiran itu,”jelas markas berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.

Kesemua minuman keras pelbagai jenama sebanyak 116 karton itu kemudian dirampas bersama van yang dianggarkan bernilai RM 30,000 dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan