Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  komited untuk terus memperkasa Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) menerusi  projek menaik taraf fasiliti dan kemudahan institut berkenaan.

Kerajaan komited terus perkasa institut IKMAS

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING,9 Ogos : Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  komited untuk terus memperkasa Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) menerusi  projek menaik taraf fasiliti dan kemudahan institut berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perancangan berkenaan diambil bagi menambah fasiliti sedia ada untuk menampung pertambahan pelajar yang meningkat saban tahun.

“JAKIM bersama IKMAS sedang berusaha untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur pendidikan yang lebih maju dan berkualiti melalui pembinaan fasa kedua IKMAS yang merangkumi pembinaan sebuah masjid, blok akademik, asrama dan menaik taraf surau sedia ada kepada perpustakaan.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024 yang mana ia mampu menampung 700 hingga 1000 pelajar pada satu-satu masa,” katanya pada Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-18 IKMAS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, pihak IKMAS juga  sedang berusaha untuk menambah kursus dan program melalui jalinan kerjasama bagi memastikan institut yang telah beroperasi selama 22 tahun itu kekal relevan dan berdaya saing.

“Saya juga ingin maklumkan, pihak IKMAS  sedang dalam peringkat awal perbincangan bagi mengadakan kerjasama pintar dengan institut pengajian tinggi awam dan swasta bagi mengadakan program kursus di peringkat sijil, diploma dan ijazah bagi memperkukuhkan lagi institut IKMAS,” ujarnya.

Seramai 187 graduan diraikan pada majlis konvokesyen berkenaan yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan