Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jambatan Merah Bintangor bakal bercahaya

SARIKEI, 9 Ogos : Jambatan Merah yang merupakan laluan pintas utama dari Bintangor dan Sarikei bakal bercahaya melalui projek pemasangan lampu led sekali gus menjadi satu lagi tarikan baharu pengunjung ke daerah Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, usaha pencahayaan jambatan tersebut juga bakal meningkatkan lagi tahap keselamatan pengguna yang melalui kawasan berkenaan.

Menurutnya, projek yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) itu bernilai RM100,000 dan dikendalikan oleh Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ).

“Kerja-kerja perlaksanaan projek dijangka bermula 15 Ogos ini dan akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada media semalam.

Bagaimanapun ujar beliau, pihaknya menggesa supaya pihak kontraktor berusaha menyiapkannya secepat mungkin sebelum menjelang pesta Limau Bintangor pada Oktober depan.

“Ini merupakan projek pencahayaan jambatan pertama di kawasan Meradong. Saya berharap dengan pelaksanannya nanti, laluan ini menyediakan kemudahan yang lebih selamat dan selesa kepada pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, pemasangan lampu jalan bagi kemudahan pengguna di DUN Meradong merupakan salah satu usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan terbaik  yang memberi manfaat kepada rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan