Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengkaji semula kawasan pos keselamatan sempadan Malaysia-Indonesia di Sabah.

ATM kaji semula kawasan pos keselamatan sempadan Malaysia – Indonesia di Sabah

KOTA KINABALU, 9 Ogos : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengkaji semula kawasan pos keselamatan sempadan Malaysia-Indonesia di Sabah.
 
Panglima Lima Divisyen, Mejar Jeneral Abdul Rahman A Wahab berkata kajian tersebut akan dibuat secara mendalam bertujuan memperkasa usaha mengekang kemasukan pendatang asing di sempadan negara.
 
“Garis panduan pengoperasian kedudukan pos keselamatan perlu diperhalusi agar kedaulatan negara dan negeri ini sentiasa terjaga.
 
” Seperti yang kita tahu aspek ini memang terdapat dalam garis panduan setiap Panglima ATM yang bertugas di divisyen ini.” katanya ketika menghadiri Perbarisan Ulung Markas Lima Divisyen Kem Lok Kawi, di sini hari ini.
 
Abdul Rahman berkata ATM masih mengekalkan komitmen dan peranan bersama Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
 
Beliau pada masa sama menyarankan kepada masyarakat di Sabah bekerjasama untuk turut menjadi mata dan telinga pihak berkuasa demi menjaga kedaulatan negara.-TVS
 
 
 
 
 
Tags: ATM, esscom, sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan