Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pencarian seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun yang hanyut dibawa arus sungai berakhir apabila mayatnya ditemui pagi tadi di hilir Sungai Sundar, Lawas.

Mayat kanak-kanak lelaki ditemui di hilir Sungai Sandar, Lawas

ByNurul Amarlina

KUCHING, 9 Ogos : Pencarian seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun yang hanyut dibawa arus sungai berakhir apabila mayatnya ditemui pagi tadi di hilir Sungai Sundar, Lawas.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, mayat Nabil Suhaili ditemui oleh bot bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada pukul 9.28 pagi tadi.

“Mangsa berjaya ditemui oleh Bot IB BBP Lawas dan APM setelah bersama-sama melakukan teknik ‘sweeping’ di tebingan hilir Sungai Sundar,

Baca lagi > > > Lawas: Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Sandar

Mayat mangsa kemudian dinaikkan ke bot bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk pengesahan keluarga mangsa dan pengesahan daripada pegawai perubatan.” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Lawas, PPgB Azman Ibrahim dijalankan dengan kekuatan 11 anggota bomba, dua orang polis, tiga anggota APM dan bantuan 30 orang kampung. 

Operasi SAR dihentikan sepenuhnya pada pukul 10.30 pagi tadi. 

Pada petang Ahad, mangsa dilaporkan sedang mandi bersama lima orang rakannya di Sungai Sundar sebelum hanyut dibawa arus sungai.

Rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya kerana arus sungai yang deras. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan