Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua senator mengangkat sumpah hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor Datuk Lim Pay Hen dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Datuk Ahmad Ibrahim.

Lim adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa pada 26 Jun 2022 hingga 25 Jun 2025 manakala Ahmad adalah lantikan baharu oleh DUN Sarawak berkuat kuasa mulai 22 Julai 2022 hingga 21 Julai 2025.

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah sebagai Senator sebelum sesi soal jawab di Dewan Negara di sini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan dua Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai Senator sebaiknya termasuk dalam usaha mentransformasi Parlimen.

“Dewan Negara ketika ini sedang melalui fasa transformasi yang memerlukan penglibatan penyertaan aktif para senatornya secara menyeluruh agar peranan Dewan ini dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor dan berkesan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan