Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Residen Bahagian Mukah Shafrie Saili menerima cenderahati daripada Rumpun Silat Sarawak (RSS).Foto TVS.

Sarawak bakal jadi tumpuan antarabangsa bagi pertandingan silat Disember ini

MUKAH 7 Ogos : Pertandingan Silat Premier Sarawak Cup anjuran Rumpun Silat Sarawak (RSS) yang dijadual berlangsung pada Disember ini bakal menyaksikan penyertaan peserta antarabangsa.

Timbalan Presiden RSS, Datuk Mohd. Yusnar Matalie berkata, sehubungan itu beliau berharap agar pesilat Sarawak dan seluruh Malaysia akan membuat persiapan terbaik supaya dapat memberikan saingan sengit pada kejohanan berkenaan.

“Kita mahu Pertandingan Silat Premier Sarawak Cup berlangsung meriah dengan penyertaan pelbagai negara seperti Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di Melaka baru – baru ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Rumpun Silat Sarawak Beach Game oleh Timbalan Residen Bahagian Mukah, Shafrie Saili di sini hari ini.

Mohd. Yusnar berkata, selain penyertaan pesilat Sarawak, beliau juga menyeru pesilat – pesilat negeri lain untuk menyahut cabaran berkenaan dan seterusnya bersama – sama mempertahankan seni bela warisan di negara ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan sebelum kejohanan pada Disember itu, pihaknya turut menganjurkan satu lagi pertandingan silat di Sibu pada bulan depan.

“Pertandingan ini dinamakan Piala Presiden RSS dan saya juga berharap ianya akan mendapat sambutan,”katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan