Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejayaan meraih emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 menjadi pembakar semangat buat badang negara Mohamad Aniq Kasdan untuk terus mempersembahkan aksi terbaik bagi mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Mohamad Aniq fokus kumpul mata layak ke Olimpik Paris 2024

ByBernama

SEPANG, 7 Ogos : Kejayaan meraih emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 menjadi pembakar semangat buat badang negara Mohamad Aniq Kasdan untuk terus mempersembahkan aksi terbaik bagi mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Atlet kelahiran Segamat, Johor itu optimis mampu mengapai impiannya untuk beraksi di pentas berprestij itu buat julung kalinya dengan berkat kesungguhan berlatih bersama jurulatih Yon Haryono selain prestasi semasa yang ditonjolkan beliau. 

“Selepas ini memang (saya) akan fokus menyertai lima atau enam kejohanan antarabangsa untuk mengumpul mata ke Sukan Olimpik dan saya yakin sekiranya mampu memantapkan disiplin diri, sudah pasti mampu ke sana (Sukan Olimpik) nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Pemenang pingat gangsa di Sukan SEA Hanoi Mei lepas itu turut memaklumkan Kejohanan Dunia di Colombia pada Disember ini akan menjadi medan pertamanya mencipta magis bagi merekodkan mata pertamanya. 

Pada 30 Julai lepas, Mohamad Aniq menampilkan aksi bertenaga untuk menjelmakan emas pertama negara di Birmingham menerusi kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan seberat 249kg (snatch 107kg, clean & jerk 142kg). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan