Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan hadir pada Majlis Karnival Kerjaya Perdana Daerah Tawau 2022 di Dewan Masyarakat Tawau di sini hari ini. Foto TVS.

Kami tunggu ‘wisel’ PRU15 – UMNO Sabah

TAWAU, 7 Ogos : UMNO Sabah hanya menunggu ‘wisel’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ditiup untuk mereka turun ke gelanggang menentang pihak lawan.

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, partinya serta parti – parti di bawah Barisan Nasional (BN) juga sudah bersedia dari segenap aspek.

“Bagaimanapun untuk persoalan berapa banyak kerusi yang akan kita tandingi, itu kena tunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Karnival Kerjaya Perdana Daerah Tawau 2022 di Dewan Masyarakat Tawau di sini hari ini.

Sementara itu mengulas ‘desas- desus’ Perikatan Nasional (PN) akan menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada, beliau berkata, perkara itu hanya khabar angin sahaja di media sosial sahaja. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan