Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak teliti RUU Anti Lompat Parti peringkat negeri – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Ogos : Sarawak akan mengkaji dengan lebih mendalam berhubung pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti di negeri ini agar selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak telah ditugaskan untuk meneliti kekurangan dalam peruntukan Artikel 17 Perlembagaan Negeri berhubung perkara itu.

“Seterusnya (kita) akan meminda bahagian yang tidak jelas.

“Kita mahu RUU Perlembagaan Negeri sepadan dengan peruntukan di peringkat Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, peruntukan berhubung perkara itu sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Pelembagaan Persekutuan.

Pada 29 Julai lepas, pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah ‘lompat parti’ mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan, sekali gus melakar sejarah yang mengubah landskap politik tanah air. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan