Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertuanya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi Parti PBB di sini hari ini. Foto TVS

PBB bersedia hadapi PRU15, sasar menang semua kerusi Parlimen – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Ogos : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) sudah bersedia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya dilangsungkan dalam waktu terdekat.

Pada masa sama, PBB turut meletakkan sasaran untuk menyapu bersih kesemua 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak.

Yang Dipertuanya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi tujuan itu, parti telah melantik Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ammar Douglas Uggah Embas sebagai Pengerusi Jawatankuasa PRU.

“PBB menubuhkan jawatankuasa untuk membut persiapan PRU-15 akan datang, kita bersedia sekiranya (PRU-15) diadakan pada bila – bila masa,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi Parti PBB di sini hari ini.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, PRU kali ini merupakan kali pertama PBB dan GPS turun bertanding secara bersendirian namun ‘tiada kebimbangan’.

“Malah, kami akan bertanding di kesemua kerusi,”katanya.

Sementara itu, Abang Johari turut menyokong penyandang kerusi Parlimen sedia ada yang tidak mahu bertanding pada PRU-15 bagi memberi peluang kepada calon muda dan muka baharu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan