Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejumlah 13 penjenayah bersenjata terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan pegawai polis Mexico di negeri tengah San Luis Potosi, lapor Sputnik. Foto Reuters.

13 penjenayah terbunuh berbalas tembakan dengan polis

ByBernama

MOSCOW, 6 Ogos : Sejumlah 13 penjenayah bersenjata terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan pegawai polis Mexico di negeri tengah San Luis Potosi, lapor Sputnik.

“Akibat pertempuran itu, 13 suspek penjenayah terbunuh, dua lagi penyerang telah ditahan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Operasi khas di majlis perbandaran itu bermula selepas polis menahan dua wanita yang mengatakan mereka terlibat dalam pengebumian rahsia dan menunjukkan lokasi pengebumian itu kepada pegawai penguatkuasa undang-undang.

Semasa aktiviti mencari, pasukan petugas itu diserang lelaki bersenjata tidak dikenali yang cuba bersembunyi di dalam sebuah rumah. Semasa menyerbu bangunan itu, 10 lelaki dan tiga wanita terbunuh.

Polis berjaya merampas senjata dan enam buah kereta dalam operasi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan