Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof mengetuai program Fun Ride Penjawat Awam di sekitar bandar raya ini  sempena JAKM yang disertai 100 penjawat awam. Foto Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya.

Lebih 19,000 hadir hari pertama Jelajah AKM Sarawak – Fadillah

KUCHING, 6 Ogos : Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sarawak menarik lebih 19,000 pengunjung pada hari pertama semalam meskipun hujan hampir sepanjang hari.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, ini menunjukkan sambutan baik warga Sarawak terhadap program itu yang berlangsung di Dataran Perayaan Petra Jaya di sini dari 5 hingga 7 Ogos.

“Kita harapkan lebih ramai pengunjung hadir hari ini kerana hujung minggu selain keadaan cuaca juga lebih baik.

“Jadi orang Sarawak terutamanya yang tinggal di sekitar Kuching boleh datang beramai-ramai kerana banyak informasi mengenai program dan bantuan kerajaan ada di sini termasuk jualan murah,” katanya selepas membuat tinjauan ke pameran Jelajah AKM Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, Fadillah turut mengetuai program Fun Ride Penjawat Awam di sekitar bandar raya ini  sempena jelajah berkenaan yang disertai 100 penjawat awam.

Turut menyertai acara kayuhan beramai-ramai sejauh 8.8 kilometer itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Seri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Jelajah AKM ini berkonsepkan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dengan menggambarkan keutuhan negara yang terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sebuah keluarga, selain frasa Keluarga Malaysia itu disifatkan lebih inklusif kerana merentasi sempadan agama dan bangsa.

Sepanjang tiga hari Jelajah AKM edisi Sarawak yang bermula semalam, pelbagai acara dan aktiviti disediakan dengan penglibatan 28 agensi perkhidmatan awam yang menyediakan pelbagai bantuan dan perkhidmatan. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found