Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin N26 Gedong, di sini malam tadi. Foto: TVS.

Pendidikan universiti percuma di Sarawak mungkin dilaksanakan pada 2027 – Abang Johari

KUCHING, 6 Ogos : Hasrat Sarawak untuk menyediakan pendidikan universiti percuma kepada pelajarnya mungkin boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lagi, kata Premier Sarawak.

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, beliau berharap inisiatif berkenaan boleh dilakukan pada ketika ekonomi negeri ini sudah stabil.

“Saya rasa boleh dilakukan dalam tempoh lima tahun, mungkin 2027 hingga 2030 apabila dana kita sudah kukuh,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin N26 Gedong di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri.

Abang Johari ketika ditanya tentang impiannya sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-72 kelmarin berkata, beliau ingin melihat anak – anak Sarawak menikmati pendidikan tinggi percuma dan mahu lebih ramai pelajar Sarawak melanjutkan pengajian masing – masing.

Ke arah itu ujar Abang Johari, ekonomi dan kewangan Sarawak perlu diuruskan dengan sebaiknya.

“Niat saya ialah uruskan kewangan dengan baik dan beri pendidikan percuma,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan