Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) di pejabatnya di sini, hari ini. Foto TVS

Premier Sarawak terima kunjungan MTDC 

KUCHING, 5 Ogos : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) di pejabatnya di sini, hari ini.

Kunjungan hormat delegasi MTDC itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus bertujuan untuk berkongsi beberapa maklumat selain perbincangan untuk bekerjasama dengan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Norhalim berkata, antara kerjasama yang telah dijalinkan antara MTDC dan SDEC adalah dalam bidang industri 4.0 selain mengenal pasti beberapa syarikat pakar robotik dan cetakan 3D.

Tambah beliau, MTDC turut bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk membolehkan pelajar universiti berkenaan terlibat dalam program kejuruteraan.

“Menerusinya pelajar UNIMAS mendapat pendedahan dan latihan kejuruteraan untuk membangunkan mesin yang boleh dinaiktaraf untuk kegunaan industri kecil dan sederhana.

“Ini melibatkan mesin manual ke mesin automatik,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di Petrajaya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi SDEC Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan