Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Malayan Banking Berhad (MAYBANK)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan majlis penyerahan zakat Maybank Islamic kepada Tabung Baitulmal Sarawak di sini hari ini. Foto TVS.

Maybank Islamic serah zakat RM1.16 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak

KUCHING, 5 Ogos : Maybank Islamic menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.16 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GPCEO) Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, pembayaran berkenaan merupakan jumlah terbesar yang oleh syarikat berkenaan.

“Maybank berbesar hati kerana dapat membantu Tabung Baitulmal Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan berkenaan di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Maybank Islamic Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohamed Rafique Merican menyerahkan replika cek kepada Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha.

Sementara itu, Mohamed Rafique berkata, penyerahan zakat perniagaan itu merupakan usaha pihaknya dalam memberi semula kepada komuniti melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Maybank Islamic dan Maybank beroperasi di seluruh negara.

“Oleh itu kita mahu rakyat di negeri yang kita menjalankan perniagaan turut mendapat faedah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan