Ratusan minyak masak paket yang ditemukan terapung di perairan Indonesia disebabkan oleh kemalangan kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas, menurut Kementerian Perdagangan Indonesia (Kemendag). Foto tular.

Ratusan minyak masak paket terapung akibat nahas kapal kargo – Kemendag Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 5 Ogos : Ratusan minyak masak paket yang ditemukan terapung di perairan Indonesia disebabkan oleh kemalangan kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas, menurut Kementerian Perdagangan Indonesia (Kemendag).

Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Syailendra berkata kejadian itu yang  melibatkan minyak masak paket berjenama “Fortune” berlaku di wilayah perairan Riau.

“Maklumat dari pengeluar minyak masak, itu kerana kemalangan kapal dan minyak masaknya jatuh ke laut,” kata Syailendra seperti dipetik portal berita detikcom pada Khamis.

Syailendra turut mengirimkan sebuah video kepada detikcom mengenai nahas kapal kargo Aneka Maju yang terjadi di Selat Malaka, perairan Riau.

“Itu bukan di Laut Jawa, itu di Riau. Jadi memang kemalangan. Saat ini masih dicek,” katanya.

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai penemuan ratusan paket minyak masak terapung di perairan Indonesia dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Kemalangan kapal kargo sering terjadi di perairan itu disebabkan faktor cuaca dan teknikal.

Pada 5 Mei lepas, empat orang maut apabila sebuah bot laju merempuh bot kayu yang sarat dengan barang keperluan asas di Sungai Piring, Indragiri Hilir, Riau akibat kesukaran melihat kapal lain ketika belayar pada waktu malam.

Pada 10 Nov 2021, kapal kargo pengangkut bahan keperluan asas tenggelam di Perairan Karimun, Riau disebabkan cuaca ekstrem. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan