Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi hadir menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji dari Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini hari ini.

Hanya satu kematian jemaah haji Malaysia direkodkan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING,4 Ogos : Hanya satu kematian membabitkan jemaah Malaysia direkodkan pada musim haji tahun ini.

Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, angka berkenaan merupakan kes kematian terendah berbanding musim sebelumnya.

“Saya difahamkan punca kematian ialah disebabkan oleh masalah jantung bukan kerana jangkitan COVID -19,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Seramai 141 jemaah haji Sarawak tiba di KIA dengan pesawat Malaysia Airlines pada pukul 5.35 petang tadi manakala bakinya pada petang esok.

Mengulas lanjut, beliau berkenaan jemaah yang meninggal itu bukan berasal dari negeri ini.

“Saya difahamkan kesemua jemaah Sarawak dijadual pulang hari ini dan esok ,”katanya.

Ditanya tentang faktor kematian rendah itu, Azman memberitahu ianya mungkin disebabkan oleh syarat ketat diletakkan oleh Kerajaan Arab Saudi terhadap pemilihan para jemaah.

“Mereka mengutamakan golongan muda dan yang tidak mempunyai penyakit kronik,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan