Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SPM , SVM, STAM Dipinda Ke 22 Feb, STPM Pada 8 Mac 2021

PUTRAJAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dipinda ke 22 Feb tahun depan, umum Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini.

Beliau turut mengumumkan tarikh baharu bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dianjak ke 8 Mac 2021.

Katanya, perincian mengenai semua peperiksaan awam itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Dr Mohd Radzi berkata bagi membantu calon peperiksaan awam membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 20 Jan tahun depan.

“KPM berharap ruang yang ada ini dapat memberi manfaat kepada calon terkesan dengan penutupan sekolah,” katanya pada sidang media Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Serta Peperiksaan Awam Tahun 2020 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri I Datuk Dr Mah Hang Soon, Timbalan Menteri II Muslimin Yahaya dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dr Habibah Abdul Rahim.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan