Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian seorang pejalan kaki di Jalan Sibu-Durin semalam.

Polis buru suspek kes langgar lari Jalan Sibu-Durin

SIBU, 4 Ogos : Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian seorang pejalan kaki di Jalan Sibu-Durin semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kejadian berlaku berhampiran persimpangan ke Kanowit  pada pukul 1.36 pagi.

Ujarnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun cuba melintas jalan.

“Mangsa dipercayai dilanggar oleh kenderaan yang tidak diketahui.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas dari Hospital Sibu,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Zulkipli memohon individu terlibat dalam kes ini supaya tampil untuk membantu siasatan polis.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu juga diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Din Jumit di talian 013-8297707.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan