Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
IPD Serian menumpaskan cubaan menyeludup masuk 26 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di Tebedu, menerusi dua operasi yang dilancarkan semalam dan kelmarin.

IPD Serian gagalkan tiga cubaan bawa masuk 26 PATI

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 3 Ogos : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian menumpaskan cubaan menyeludup masuk seramai 26 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di Tebedu, menerusi dua operasi yang dilancarkan semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden (DSP) Aswandy Anis berkata, dalam operasi pertama pada Isnin lepas, sepasukan anggotanya menahan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran Kampung Tangga, Jalan Serian Tebedu.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu membawa tujuh penumpang warga asing yang berusia satu hingga 42 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Di lokasi sama, polis turut menahan sebuah lagi kereta yang juga dipandu oleh lelaki tempatan bersama 10 warga asing yang berumur satu hingga 41 tahun,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kedua – dua lelaki tempatan yang disyaki sebagai tekong darat untuk membawa PATI telah ditahan.

Aswandy berkata, operasi seterusnya pada pukul 1 pagi semalam pula menyaksikan polis berjaya menahan sebuah kereta Proton Exora yang dipandu oleh lelaki tempatan membawa sembilan warga asing yang berumur satu sehingga 30 tahun.

“Siasatan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan