Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS

Penganjuran Konvensyen KIK, cetus lebih banyak idea baharu

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 2 Ogos : Penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) merupakan sebuah usaha dalam membudayakan inovasi dan kreativiti menerusi penjanaan lebih banyak idea-idea baharu untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Menurut Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato’ Amir Omar, secara dasarnya, pelaksanaannya itu dapat mewujudkan budaya kerja yang mantap dan berpandangan jauh bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan kepada masyarakat.

“KIK seharusnya menerapkan konsep berasaskan pengetahuan dan didorong oleh kreativiti bagi membolehkan jabatan atau agensi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan.

“Produk akhir KIK perlu menjurus kepada penghasilan ‘output’ dan ‘outcome’ yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Sempena Konvensyen KIK Peringkat Jabatan/Negeri Persekutuan Sarawak 2022, di Bangunan Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Selain itu, tambahnya, pelbagai dimensi inovasi mampu menjadi penyumbang solusi terhadap ekosistem persekitaran supaya dapat mengangkat perkhidmatan awam agar terus relevan dengan amalan kerja yang semakin mencabar pada masa kini.

Sementara itu, bagi Ketua Kumpulan Catalyst 3.0, Aishah Abdul Aziz, 37, dari Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sarawak, beliau tidak menyangka akan dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan itu melalui produk inovasi ciptaan pihaknya, Eze-3.0.

“Semua ini terjadi hasil kerjasama daripada seluruh ahli kumpulan Catalyst 3.0 dan juga pengurusan tertinggi Jabatan Kimia Negeri Sarawak,” katanya.

Naib johan pula dimenangi oleh Labour Ultra dari Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak dengan projek; pengurusan kes buruh yang kurang sistematik.

Manakala kumpulan SET-3 dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat Saratok telah memenangi tempat ketiga melalui projek Tangga Penyelamat Serbaguna (TPS). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan