Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat seorang petugas di sebuah syarikat penerbangan untuk membeli sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) secara dalam talian tidak kesampaian apabila ditipu jurujual wanita yang menggunakan nama Miss Lee.

Pekerja syarikat penerbangan rugi RM48 ribu ditipu urusan beli kereta ‘online’

SIBU, 2 Ogos : Impian seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan untuk memiliki kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dibeli secara dalam talian punah apabila ditipu oleh jurujual yang menggunakan nama Miss Lee.

Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 25 tahun mengalami kerugian lebih RM 48,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa tertarik dengan satu iklan jual beli kereta dan ‘berurusan’ dengan wanita berkenaan untuk proses pembelian.

Ujarnnya, pengadu yang tinggal di Sibujaya kemudian diminta untuk membuat beberapa bayaran bagi tujuan pendaftaran, cukai jalan, bayaran pelepasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

“Lelaki itu telah membuat lapan transaksi pembayaran ke tiga akaun seperti yang diarahkan suspek dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM48,340,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, pengadu mula sedar ditipu apabila suspek berulang kali meminta bayaran sedangkan dia telah membayar jumlah yang besar.

“Pengadu kemudian membuat laporan polis pada 1 Ogos lepas untuk lanjut selepas mengesyaki wujud unsur penipuan,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

Tags: kereta, scam, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan