KUCHING, 1 Ogos : Juruterbang pesawat ringan, Piper 28-161 yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Ipoh disahkan maut oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chester Voo berkata, pesawat itu terhempas ketika menjalani latihan penerbangan.
Katanya, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Ipoh menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.07 malam.
“Seorang juruterbang maut manakala seorang lagi parah dan sedang menerima bantuan perubatan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur malam ini. -TVS