Johor negeri kelima tertinggi kes HFMD

ByBernama

JOHOR BAHRU, 1 Ogos: Johor merupakan negeri kelima tertinggi kumulatif kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak 1 Jan hingga 29 Julai lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata sebanyak 8,652 kes dilaporkan dalam tempoh itu dengan peningkatan sebanyak 81.6 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata negeri lain yang mencatatkan kumulatif kes tertinggi ialah Selangor dengan 35,575 kes, Perak (13,487), Wilayah Persekutuan dan Putrajaya (13,434 kes) dan Sarawak (8,727).

“Peningkatan ini telah dijangka berlaku pada tahun ini ekoran kelonggaran prosedur operasi standard dan selari dengan peningkatan di Malaysia. Bagaimanapun, situasi ini masih terkawal.

“Ini dibuktikan dengan penurunan ketara trend kes HFMD yang dilaporkan di Johor bermula pada Minggu Epidemiologi (ME) ke 22/2022 hingga ME30/2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebanyakan kes yang berlaku di Johor melibatkan kanak-kanak berusia bawah enam tahun iaitu 7,451 kes, diikuti 1,033 kes bagi usia tujuh hingga 12 tahun dan bakinya berusia lebih daripada 13 tahun.

Ling berkata daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 2,989 kes, Kluang (1,119), Tangkak (888), Batu Pahat (887), Segamat (775), Kota Tinggi (690), Pontian (578), Muar (330), Kulai (269) dan Mersing (127). 

Beliau berkata setakat ini terdapat dua wabak aktif HFMD dilaporkan di negeri itu yang melibatkan daerah Johor Bahru. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan