Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jururawat persendirian T. Rebekal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki. Foto: Bernama

Jururawat didakwa bunuh bayi lelaki

ByBernama

SUNGAI SIPUT, 1 Ogos : Seorang jururawat persendirian didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki.

T. Rebekal, 30, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wanita itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian J. Melvin Jeshuran berusia lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Sungai Siput Utara di sini, kira-kira 6 petang, 24 Julai lepas.

T. Rebekal dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. S. Vitthiyeswary manakala tertuduh diwakili peguam K. Nahtan.

Mahkamah menetapkan 3 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Pada 26 Julai lepas seorang wanita dan teman lelakinya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki yang disyaki didera.

Bayi dengan kesan luka baharu dan lama pada tubuhnya itu dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan