Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amri Yahya muncul wira Sabah FC apabila dua gol jaringannya membantu skuad itu mencatatkan kemenangan menentang Melaka United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi. Foto Sabah Football Club.

Dua jaringan Amri Yahyah di Likas pastikan kemenangan Sabah FC

ByTVS

KOTA KINABALU, 31 Julai : Amri Yahyah muncul wira Sabah FC apabila dua gol jaringannya membantu skuad itu mencatatkan kemenangan ke atas Melaka United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Bagaimanapun tuan rumah terpaksa membuat kebangkitan pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 0-1 di tangan pelawat yang memperolehi jaringan menerusi Iffedayo Omosuyi pada minit ke-24.

Amri yang dimasukkan pada separuh masa kedua membuktikan sentuhannya tetap berbisa apabila menyempurnakan hantaran Alto Linus pada minit ke – 65 permainan untuk mengikat pelawat.

Ketika perlawanan dilihat akan berkesudahan dengan keputusan seri, bekas pemain kebangsaan itu sekali lagi meledak apabila bijak mencuri peluang dengan menyudahkan hantaran Farhan Roslan pada minit ke-90.

Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan sekaligus memberikan Sabah FC tiga mata berharga.

Keputusan itu menyaksikan Sabah kekal di tangga kedua liga dengan 31 mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan