Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak Allayarham Koperal Mat Aznan Awang, Staf Sarjan Noor Azlinda Mat Aznan ketika membuat persembahan pantomim yang menyentuh jiwa para tetamu pada istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2022 di Dataran Pahlawan Negara hari ini. Foto Bernama.

Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara – Perdana Menteri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Julai : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengajak Keluarga Malaysia untuk menyemat semangat juang pahlawan dan cinta kepada negara sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau mengingatkan rakyat negara ini tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Tanggal 31 Julai, negara kita menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati perajurit negara dan mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

“Perjuangan mereka begitu besar sehingga sanggup mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir bagi tanah air yang tercinta. Selamat menyambut Hari Pahlawan 2022,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan