Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan seorang lelaki merakam video bahagian bawah paha seorang wanita warga asing di sebuah pusat beli-belah mengundang padah, apabila dia diserahkan kepada polis.

Lelaki rakam video tidak senonoh dicekup polis

ByBernama

JOHOR BAHRU, 30 Julai : Tindakan seorang lelaki merakam video bahagian bawah paha seorang wanita warga asing di sebuah pusat beli-belah mengundang padah, apabila dia diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut di kaunter bayaran pasar raya pada 10.14 malam, Jumaat (29 Julai).

“Wanita warga asing berusia 24 tahun itu telah diberitahu saksi awam bahawa lelaki terbabit merakam video secara sulit di bahagian bawah pahanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian ditahan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Setia Indah untuk tindakan lanjut.

Raub berkata hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit lelaki terbabit menemukan pelbagai lagi video rakaman sulit tidak senonoh melibatkan beberapa wanita lain.

Katanya, lelaki itu kini ditahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan